Saturday 30 June 2012

BER "STOKING" ITU 1 KEINDAHAN

Assalamualaikum semua ^__^
moshi2~~

Alahmdulillah masih dapat menaip lagi hari ini hehe..tetibe jari jemari ini rase nak menaip malam2 ne..ala2 nak exercise jari2 yang comel ne hehe...haaa sebelum nak berceloteh malam2 buta ne..google nye google..terjumpa 1 status dari FACEBOOK : syahirul.com mengatakan

" Fakta: Aurat yang paling sukar ditutupi oleh kebanyakan wanita ialah aurat kaki..     Kadangkala ia dianggap seperti bukan aurat walau mereka telah menutup aurat lain sepenuhnya."


kdng2 kita xsedar yang sebenarnya kaki salah 1 aurat yang wajib kita tutup dan pelihara daripada pandang kaum yang tidak sepatutnya melihat aurat kita... (paham2 la ea sape hehe)...nak share sikit pengalaman masa 1st time kena pakai stokin dekat asrama hehe.. tumpang share sikit2 jew~~

bile 1st time kena pakai setiap kali nak kuar dari bilik asrama jew kena pakai stokin..
baik ke kelas kew..ke kafe kew..nak ke dobi kew..ke mana2 la senang citer huhu...kompem n wajib pakai stokin... haaaa time tu dalam pale otak ne dah pikir seribu da negatif...time tu datang la virus2 negatif masuk seluruh pale ne hehe...

"leceh tol pakai stokin"
"susahnya nak jalan pakai stokin"
"panas tol pakai stokin"
"xselesa la pakai stokin ne"

HAAAA... antara ayat2 yang terlintas di hati n pale..n paling sure ayat paling power ne------------> "nasib baik dalam mrsm jew kena pakai" huhuhu dasyat2 pemikiran ku ini...

Ya Allah,Alhamdulillah ada kesedaran dalam diri ini nak pakai stokin akhirnya pas masuk UKM...
cuma xberani jew nak pakai lepas habis form 5...sebabbbbbbbbbbb

"apa family aku kata t bile pakai stokin"
"apa saudara n sepupu aku cakap t"
"apa kawan2 aku kata nanti"
"alaaa  t kate aku pape plak"
"hmmmm hmmm hmmm hmm hmm........ "

HAAA antara ayat2 yang terlintas 24jam setiap hari...salah 1 sebab xda keyakinan diri yang kuat...selalu pikir bukan2...

sebenarnye kan xsusah nak pakai stokin ne..mungkin kite akan pikir "bile pakai stokin susah nak gaye pakai baju pape..yela kena jadi dak ALIM..."

OHHH NO NO NO NO NO......

jngn pikir mcm tu...kite kena yakin..kalau kita pakai stokin,Allah akan permudahkan segala urusan kite...
pikir pekara yang positif...ungkap kan kata2 yang positif..setiap kata2 kan 1 DOA ^___^

pakai stokin x bermakna kite ne ALIM....bukan ALIM tpi pada pandangan la...kite sedang melakukan kewajiban perintah Allah..kite sedang dan sedang mencari hidayah Allah...keredhaan Allah...bila pakai stokin ne,kita kan rase 1 nikmat dari Allah..(apa yang sedang dirasakan sekarang ne).. belom cuba belom taw... dah cuba insyaAllah hati suka,Allah lagi suka...

jangan hirau setiap pertanyaan n persoalaan masyrakat sekeliling..baik family,kawan2,jiran2,teman2...
kalau ada yang tanye..senyum jewww...kalau da yang ngataaa...cakap "ALHAMDULILLAH"...Xpon jujur jew la dengan owang yang tanye tu...mane taw tetibe die terbukak nak pakai stokin same mcm kite...hehehe ^_^

APAAA LAGIII...
JOM LA PAKAI STOKIN..
SELAMAT MAJU JAYA ^___^




Monday 28 November 2011

WIRID SELEPAS SOLAT

ASSALAMUALAIKUM.....
HEHE SEBELUM MASUK SEM 1 TAUN 2 AE2...
BESE LA ORG MALAS KAN NAK BWA BUKU TEBAL2..
KAT RMH SLALU AMALKAN WIRID LEPAS SOLAT..
TPI SEJAK MASUK U NE JARANG PULAK AMALKAN...
ZATY2~~~
INGT PUN SIKIT2 JEW..INSYAALAH LEPAS NE INGT SMUE NYE..
NAK SHARE DGN KORANG APE YG AKU AMALKAN..
SORY EA KALO PIC X OK..
SELAMAT BERAMAL ^_^














SAMPAI SINI JEW LA WIRID LEPAS SOLAT...
YANG NE PLAK SOLAT SUNAT HAJAT...



OK...SELAMAT BERAMAL ^_^

Thursday 21 April 2011

~KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK~

p/s--->note2 yg da kat blog aku nie..mmg aku copy paste..tok aku bce...n koleksi tok aku..so kalo da sape2 nak bace..meh2..anda dialu2 kan..=)



Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.

Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.






conclusionnnyeee-----jom berzikir..=)